Politik Zakaria Abdul Rahman

Zakaria merupakan Ahli Parlimen Besut selama empat penggal sejak 1974 hingga 1990. Semasa pentadbiran Tun Hussein Onn, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia. Seterusnya, dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Menteri Pertanian selepas 3 tahun berkhidmat di Kementerian Luar Negeri. Kemudian beliau portfolio kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan meneruskan menjawat jawatan tersebut dalam Kabinet Mahathir pertama.

Selepas Pilihan raya umum Malaysia 1982, beliau telah diberi tanggungjawab untuk menjadi Timbalan Menteri Buruh dan Tenaga Kerja dari 1982 hingga 1986.

Beliau terus bertanding di Parlimen Besut dan memenangi kerusi tersebut pada Pilihan raya umum Malaysia 1986 hingga tamat penggal pada 1990 lalu.